Skip to main content

ZALIHA Mustafa melihat replika projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru selepas majlis pecah tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR: Lebih 200 pemilik rumah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, kini boleh menarik nafas lega apabila kediaman yang mereka idam-idamkan bakal menjadi kenyataan dalam jangka masa empat tahun lagi. Selepas lebih sembilan tahun menanti dengan penuh kesabaran dan pelbagai cabaran, Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru menjadi titik tolak bermulanya fasa baharu dalam penantian mereka.

Source: Utusan Malaysia